BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Town Of Picture

Town Of Picture
Take The PicTuRe

Hero

Hero
See TheRE...

Heroin

Heroin
For YoU

Saturday, July 4, 2009

4: Masihkah Kau Aku yang punya

Engku Mahani memandang Aishah dari atas ke bawah.Berpakaian ringkas pada hari itu.Baju T Levi’s yang dipadankan dengan skirt jeans Guess berwarna hitam.Jari kakinya bergerak-gerak di sebalik sandal jepun Nike.Simple katak.

Aishah pula memandang Engku Mahani dengan perasaan yang berdebar-debar.Manalah dia tahu wanita yang dilanggarnya tadi adalah nenek Akim yang muncul semula bagaikan rancangan ‘Jejak Kasih’.Kalau tak jangankan langgar.Harus cium kaki macam cerita Hindustan.

“Dah lama kenal Akim?”Engku Mahani tersenyum sambil memandang tepat ke mata Aishah.

“Dari kecik lagi Mak Engku.”Aishah tersenyum sipu-sipu kucing.Mila yang disebelahnya hanya memandang tingkah Engku Mahani.Entah kenapa dia rasa sangsi dengan Engku Mahani.Suspens melihat gaya wanita berketurunan bangsawan itu.

“Anak saudara Fatimah kan?”

“Fatimah?Oh,mak long..ya,saya.”

“Fatimah.Tak habis-habis menjerat keturunan aku.”

Aishah tersentak mendengar kata-kata Engku Mahani.Mila pula mengerutkan dahinya.Engku Mahani menanggalkan cermin mata hitam LV dan tersenyum memandang dua gadis hingusan di hadapannya.

“Tinggalkan Akim.”

“Apa maksud Mak Engku?”Aishah bingkas bangun dari kerusi.Orang ramai yang berada di Starbucks memandang ke arah Aishah.

“Duduk.Jangan mudah panik.”Engku Mahani menarik tangan Aishah.Lembut.Tapi senyumannya masih sinis.

“Tinggalkan Akim dan segalanya mudah di masa hadapan.”

“Saya tak faham.Apa masalah Mak Engku?”Aishah sedikit emosi.

“Baiklah.”Engku Mahani mengeluarkan sekeping cek kosong dan sebatang pen dari tas tangannya. “Tulis berapa awak nak dan tinggalkan cucu saya.”

“Oh..hmmm..sayang betul..sebab saya rasa kasih sayang terhadap Akim tidak ternilai.Infiniti.Terima kasih.Saya hormati Mak Engku tapi rasanya,saya tak ada apa nak dicakap dengan Mak Engku lagi.”Aishah bangun sambil menarik Mila di sebelahnya.

“Kita akan berjumpa lagi.Ketika tu,baru awak tahu langit itu tinggi atau rendah.”Engku Mahani tersenyum lagi sambil memasukkan semula cek kosong dan pen ke dalam tas tangannya.Mila yang tidak dapat menahan sabarnya melepaskan tangan Aishah dan menuju ke arah Mak Engku.

“Mak Engku kolot betul!Zaman antara dua darjat,bagi-bagi duit ni zaman Ghazali dan Engku Zaleha.Zaman sekarang Prince Charles pun boleh kahwin dengan Camilla Parker Bowles tau!”

Mila melepaskan nafas besar.Lega rasanya dapat meluahkan perasaannya.Dia menarik tangan Aishah yang terkebil-kebil melihat apa yang berlaku di hadapannya.

Mak Engku hanya tersenyum.Cermin mata gelapnya itu dipakainya semula.Dia bangun sambil memetik jari.Pengawal peribadinya yang setia menurutinya keluar dari Starbucks.

*****

Hafiz berhenti di sebuah banglo mewah di atas bukit.Dia melihat keratan akhbar jawatan kosong di tangannya.(Hm,betullah alamatnya!).

“Hai,cari siapa?

Hafiz terkesima melihat gadis cantik di hadapannya.Tinggi lampai persis Cinta Laura Pertama.Memakai jumpers pendek menampakkan betisnya yang panjang dan putih.Rambutnya lurus panjang dan kemerah-merahan.

“Aaah..ini.Katanya nak guru muzik peribadi..jadi..”

“Abang Hafiz kan?”Gadis itu mengecilkan matanya.Seolah-olah mengingati sesuatu.

“Abang?Abang Hafiz?Kita kenal ke?”Hafiz cuba mengingati wajah di hadapannya.Tetapi hampa.

“Abang,Sherrina la.”

“Sherrina?”

Hafiz mengamati wajah cantik di hadapannya.Dengan tinggi lebih kurang 5 kaki 7 inci.Cepatnya dia dewasa kalau benar ini Sherrina yang kali terakhir ditemuinya lewat 4 tahun lepas ketika baru berusia 9 tahun.Apa yang bermain di kepalanya hanyalah Sherrina berwajah comel yang petah berkata-kata.

“Betullah.Kenapa abang macam tak percaya?”

“Tak de lah..nape tinggi sangat?Makan kacang panjang ke?Sherrina baru 13 tahun kan?”

“Tahun ni Sherry dah nak masuk 14,okay?”

“Okay..okay..apa Sherrina buat kat sini?”

“Kalau ya pun,abang masuklah dulu.”

“Eh,rumah Sherrina ke?”

Sherrina tidak menjawab sebaliknya menarik tangan Hafiz di tepi kolam dan duduk di situ.

“Setahun lepas abang pergi U.S,papa ambil Sherrina jadi anak angkat.Keluarganya tak ramai.Anaknya ada dua orang.Tapi seorang je yang duduk dengan dia.Isteri dia pun dah meninggal.”

“Wah,nasib badan kan?”

“Abang nak minta kerja jadi cikgu muzik Sherrina ke?Mesti approved.”

“Oh,jadi cikgu Sherrina la?Okay,boleh abang buli sikit.”

“Tolong sikit,okay?Salah orang nak buli.”Sherrina ketawa kecil.

Susah abang cari kerja,dah masuk 23 tahun ni,baru dapat kerja.”

“Dua puluh tiga?Eh,semalam 27 Februari kan?Birthday abang kan?”

“Yerr Cik Serrina...Aban dah tua dah.”

“Okay superboy,happy birthday.”

Hafiz tergamam apabila Sherrina mengucup pipinya.Terasa merah padam mukanya.Seketika kemudian,air muka Sherrina sedikit berubah.Menyedari kesilapannya.

“Sorry..lupa..tak boleh cium abang lagi.”

Kakinya yang putih bermain-main kocak air di kolam.

“Eh,tak de hal.Sherrina memang adik abang kan.”

Hafiz memandang langit yang membiru.(Matilah aku macam ni!).

*****

“Ini gambar rumah agam kita di London.”

Akim melihat gambar yang ditunjuk Engku Mahani.Dia masih tidak percaya yang dia merupakan pewaris empayar Engku Mokhzani.Macam mimpi.Berkali-kali dia cuba mencubit pipinya.Tak juga terjaga-jaga.Jadi,realiti maknanya.

“Semua harta dan aset datuk akan diwarisi oleh Akim.”Engku Mahani membelai rambut cucunya.Penuh mesra.Akim tak ubah seperti Engku Ahmad semasa muda.Tampan dan tinggi lampai.Bezanya Cuma renungan mata.

Akim mewarisi renungan matanya yang kelihatannya bercita-cita tinggi.

“Entahlah nek,macam tak percaya je.”Akim tersenyum ke arah neneknya.Engku Mahani cuma tersenyum.

“Nenek,kalau Akim Tanya,nenek jangan marah.”

“Okay.Tanyalah,kenapa?”Engku Mahani memandang ke arah Akim.

“Apa masalah nenek dengan ayah?”

Engku Mahani menarik nafasnya.Terdiam seketika.Seolah-olah memikirkan sesuatu.Dia kemudiannya tersenyum kembali.

“Ayah Akim degil.Tapi nenek dah maafkan dia.Semuanya dah dilupakan.Kisah lama tak perlu dikenang.Nenek minta Akim tak perlu tanya lagi”

Akim mengangguk perlahan.Memang tak puas hati mendengar jawapan neneknya.Tapi,Akim akur dan tidak mahu lagi melukakan hati Engku Mahani.

“Oh,ya lagi satu.Minggu depan Akim akan bertunang.Akim berharap sangat nenek dapat ikut sama.Bolehlah nenek?Boleh okay?”

Engku Mahani cuba tersenyum.Kematangannya berjaya menyembunyikan senyumannya yang kelat.

‘Emm,nenek ada sesuatu nak bagi Akim.”Engku Mahani cuba untuk mengubah topik.Dia bangun menuju ke halaman rumah.Akim menurutinya di belakang.

“Untuk Akim.”

Engku Mahani menunjukkan sebuah kereta yang masih berselimut dengan kanvas.Akim memandang kehairanan ke arah neneknya.Dia menarik kain kanvas berwarna biru.Matanya terbeliak melihat kenderaan di hadapannya.

“Ferrari?Ya Allah,kereta favorite Akim.Biar betul nenek?”Akim tidak dapat menyembunyikan kegirangannya.Matanya meliar melihat bentuk badan Ferrari berwarna merah itu.

“Just drive and drift.” Engku Mahani memeluk tubuhnya sambil tersenyum.

“Yes..yahooooo!”Akim menjerit girang.Tak sabar-sabar dia masuk ke dalam kereta.

Kereta itu dipecut laju meninggalkan kawasan mewah di Hartamas.

Engku Mahani menarik nafasnya.Lega.Matanya merenung jauh di luar pagar.Kelihatan Ramli berdiri tegak di luar pagar.

*****

Teh Inggeris yang telah lama dituang oleh pembantu rumah Filipina itu langsung tidak disentuh Ramli.Dia hanya menundukkan wajahnya.

“Kenapa Akim?”

“Kenapa Akim?”Engku Mahani menyoal anaknya yang masih tertunduk.

“Ya.Kenapa Akim?Saya rasa bonda tak pernah lagi mendekati Zizi.”Ramli menelan air liurnya.Jantungnya berdegup kencang.

“Bonda akan jumpa Zizi nanti.Tapi,buat masa ni…bonda perlu melebihkan tumpuan kepada Akim.”

Engku Mahani memandang tepat ke wajah anaknya.Sorotan matanya tajam.

“Saya harap bonda tak akan lakukan perkara yang sama kepada Akim seperti yang bonda lakukan kepada saya.”

Ramli bangun dan mencium tangan bondanya.Langkah kakinya pantas meninggalkan Engku Mahani.

Engku Mahani menarik nafasnya dalam.Bunyi bingit telefon bimbit mewah Goldvish memekik-mekik di telinganya.

“Hello,nenek.Kau jangan cari pasal ye?”

Engku Mahani mencampak telefon yang disaluti emas itu ke dalam kolam.

(Bodoh!)

*****

Akim menepuk-nepuk kereta barunya.Dia melemparkan senyuman manis ke arah gadis pujaannya.

“Okey?Menang loteri ek?”

“Bukanlah.Nenek yang hadiahkan.”

“Okay..”

Aishah teringatkan pertemuannya dengan Engku Mahani.Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk memberitahu Akim atau tidak.

“Sayang.”Akim memetik jarinya.Mematikan lamunan Aishah.

“Tak de,Aishah tengah fikirkan pasal nenek.Sayang betul dia pada Akim kan?”

Aishah tersenyum.Cuba menyembunyikan hakikat yang terpendam di hatinya.

“Tak tau nak cakap.Macam dalam mimpi.Akim ada mention pasal kita kat dia.”

“Oh ya ke?Apa yang nenek kata?”Aishah memandang ke arah Akim.Serius.

“Dia tak ada kata apa pun.Nenek masih baru dengan Akim.Akim pun tak tau macam mana sikap nenek.Tapi sepanjang Akim jumpa dia okay je.”

Aishah meletakkan kepalanya ke bahu Akim.Wajahnya kerisauan.

“Hei,nape ni?”Akim bertanya lembut.

“Sayang..”Aishah terdiam seketika. “Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan kan?Andai ada jodoh kita,tak ke mana kan?”

“Apa yang sayang merepek ni?”Akim menarik tangan Aishah.Berhadapan dengannya.Hatinya berdebar-debar.

“Sayang,Aishah cuma cakap je.”

“Akim tak suka sayang cakap benda-benda macam ni.Minggu depan kita akan bertunang.Okay?Pasti!”Bahu Aishah digoncanngnya lembut.

Aishah mengangguk perlahan.

“Akim sayang Aishah.Okay?”

“Okay,sayang.”

Akim menggenggam erat tangan Aishah.Seolah-olah tak ingin dilepaskan untuk selama-lamanya.

*****

8 malam,London.

Seorang lelaki berlari-lari masuk ke dalam sebuah pejabat besar di Kota London.Tertera nama syarikat Jebat’s Shipping Company.Sebuah syarikat perkapalan yang masih amatur.

“Boss..”

“Syyyy..”Seorang pemuda berambut panjang menghentak kakinya.Permainan video Resident Evil 5 sedang ligat berputar di skrin tv plasma 52 inci.

Sedaya upaya watak Chris Redfield dan Sheva Alomar menyelamatkan watak Jill Valentine.Bersungguh-sungguh permainan itu dimainkan melalui konsol Sony Playstation 3.

“Okay,Jill dah selamat!”Pemuda itu tersenyum puas.Dia memandang pekerjanya yang kelihatan terpinga-pinga.

“Kau apahal?”

Ada berita boss?”

“Okay..kau cakaplah.”

“Nenek saudara boss dah jumpa cucu dia.”

“Nenek kebayan tu betul-betul gila harta.”

Pemuda berambut panjang itu berdiri memandang ke luar tingkap.Wajahnya tampan dengan kulit kemerahan.Dia teringatkan wasiat Engku Mokhzani.Dia memang meminta bantuan datuk saudaranya untuk meminjamkan modal membina syarikatnya.Bagaimanapun syarikat yang dibinanya akan diambil alih oleh cucu lelaki Engku Mokhzani jika cucunya berjaya dijumpai sebelum hutangnya dilunaskan.Dia diberi peluang melunaskan hutang itu sebelum cucunya itu dijumpai.Engku Mahani nampaknya tidak sabar untuk memastikan hartanya semakin bertambah.Kubur Engku Mokhzani masih merah,dia sudah terbang ke Malaysia mencari cucu yang tak pernah dijumpainya.

“Dia tak kenal siapa Engku Nasharul Aweera.Cari pasal!”

Engku Aweera menggenggam jari jemarinya.(Memang nak kena nenek kebayan ni!).

3:Masihkah Kau Aku Yang Punya

Suara tenor mendiang Lucianno Pavarotti mendendangkan lagu ‘Caruso’ memenuhi ruang kamar besar itu.Rumah besar seperti istana itu bagaimanapun kelihatan agak kosong.Hanya beberapa orang pembantu rumah yang mundar-mandir.Beberapa lukisan Da Vinci memenuhi dinding.Walaupun bukan yang asli tapi harganya masih lumayan.

Majalah Time yang memaparkan seorang lelaki bangsawan Melayu yang menguasai empayar perkapalan di London tersusun kemas.Datuk Asrul menarik nafasnya dalam-dalam.(Nampaknya empayar Mokhzani akan menguasai Malaysia).

“Mak Engku.”

Engku Mahani tersenyum melihat Datuk Asrul yang mencium tangannya.

“Takziah untuk Mak Engku atas pemergian Pak Engku Mokhzani.”

“Yang pergi tetap pergi..yang hidup akan meneruskan hidup.”Engku Mahani hanya tersenyum sedikit tapi penuh sinis.Wajahnya tenang tetapi matanya seperti mempunyai sejuta muslihat.

(Nampaknya Mak Engku masih seperti dahulu).

“Mak Engku kecewa kerana Asrul bersubahat menyembunyikan identiti Engku Ahmad.”

Mata Datuk Asrul terbeliak.Seketika kemudian dia tertunduk.

“Maafkan saya Mak Engku,saya hargai jasa Mak Engku kepada keluarga saya.Saya akan melakukan apa saja untuk kesilapan saya.”

“Bagus.Lepaskan Akim dari Asrul Shipping Company.”

Datuk Asrul memandang tepat ke mata Engku Mahani.Sebaliknya Engku Mahani tidak memandangnya.Malah,membelakanginya.Seorang pengawal peribadi membuka pintu untuk Datuk Asrul.

Lelaki itu hanya tidak mampu berkata apa-apa dan keluar dari situ dengan pengotaan janji yang perlu dilunaskan.

Engku Mahani kembali duduk di atas sofa setelah kelibat Datuk Asrul lenyap dari pandangan matanya.

Engku Ahmad.Satu-satunya anak lelakinya.Anak tunggalnya.Selama 27 tahun dia percaya yang anaknya itu sudah meninggal dunia.Selama itu juga dia meratapi dirinya kerana tidak membenarkan Engku Ahmad berkahwin dengan gadis kampung bernama Fatimah.Rupa-rupanya Engku Ahmad masih hidup.Dengan identiti baru dan berwajah baru.Hati ibunya benar-benar terguris dengan berita yang baru diterimanya setelah pemergian arwah suaminya sebulan yang lalu.Wasiat Engku Mokhzani juga perlu disempurnakan.Jika tidak empayar Mokhzani akan jatuh ke tangan orang lain.

Dendam Engku Mahani kepada Fatimah kembali berdarah.Semakin membuak-buak.Fatimah dan keturunannya yang merampas legasi Engku Mokhzani.Segalanya memerlukan perancangan dan penyiasatan yang teliti.

Engku Mahani tersenyum.Sinis.

*****

Setelah menelan dua biji aspirin,Ramli cuba untuk melelapkan matanya.Tapi fikirannya melayang kembali ke zaman silamnya.

Wajah bondanya bermain-main di setiap sudut fikirannya.Ketegasannya.

Egoistiknya sebagai keturunan elit dan bangsawan.Berbeza dengan ayahandanya.Tenang dan realistik.Pelik betul Ramli dengan prinsip antara dua darjat ibunya.

Engku Mahani sanggup melakukan apa saja.Termasuk menggugat nyawa wanita yang dicintainya.Bukan sedikit kuncu-kuncu yang sedia mengikut arahan bondanya.

Pengenalannya dengan Fatimah yang melanjutkan pelajarannya di London ditentang hebat oleh Engku Mahani.Sehinggalah membawa kepada kemalangan keretanya yang terjunam di gaung setelah pertengkaran hebat dengan bondanya.Belum sampai ajal pastinya,Ramli masih hidup walaupun mengalami kecederaan teruk di mukanya.

Bertitik tolak daripada situ,Ramli tekad mengubah identitinya setelah wajahnya turut berubah akibat pembedahan surgeri kerana kemalangan itu.Polis pula mengesahkan kematiannya setelah hampir 3 bulan dirinya tidak ditemui kecuali rangka keretanya yang terbakar.Atas bantuan sahabatnya Asrul,Engku Ahmad sudah bertukar menjadi Ramli.Mereka juga terpaksa menjarakkan persahabatan itu demi mengelak dihidu bondanya.Dia juga mengahwini Fatimah dan bahagia dengan dua cahaya matanya.Menjalani kehidupan yang harmoni di Malaysia.Titik peluhnya sendiri tanpa mengharapkan empayar Mokhzani.Meninggalkan London,bonda dan ayahandanya.

Paling menyentuh hatinya apabila pemergian ayahandanya hanya diratapi melalui suratkhabar.

(Apakah aku anak derhaka?)

Panggilan telefon di malam kepulangan Akim menggentarkan hati.Walaupun sudah 27 tahun.Ramli masih gentar menghadapi bondanya.

(Bagaimana dia dapat tahu?Apakah motif bonda kali ni?)

“Abang tak tidur lagi?”

Ramli tersenyum memandang isterinya. Ada satu perkara yang abang nak cakap.”

“Apa?”

“Bonda..bonda ada telefon abang.”

Fatimah terdiam mendengar kata-kata suaminya.Dia terduduk lemah di tepi katil.Tidak berdaya.

Kisah lama akan kembali terungkai.

*****

“Saya tak faham Datuk.Esok saya baru nak ikut kapal.Hari ni saya dah diberhentikan.Datuk tak puas hati dengan saya?”

“Bukan.Awak cuba bawak bertenang dulu.”

“Apa ni Datuk?Saya tak faham.”Akim mengerutkan dahinya.Betul-betul kebingungan.

“Ni.”

Datuk Asrul menghulurkan sekeping sampul surat kepada Akim.

Akim mengambil sampul surat itu dan memandang kembali ke arah Datuk Asrul.

“Mokhzani’s?Mokhzani’s dari London tu?Apa kena mengena dengan saya?”

“Buka surat tu dan baca.Awak ada pertemuan dengan Pengarah Mokhzani’s esok.”

Akim terkebil-kebil tidak mengerti.Tiba-tiba dia dibuang kerja.Temujanji dengan Pengarah Mokhzani’s.Pertunangannya dengan Aishah yang mungkin di hujung tanduk jika dia tidak bekerja.Semuanya berlaku dengan pantas dan aneh bagi Akim.

*****

Akim memandang lesu ke arah Aishah.

“Akim benganglah...!.Akim tak tau nak cakap kat ibu dan ayah macam mana.Beriya nak pergi sailing.Tiba-tiba Datuk Asrul bagi surat 24 jam.”

“Entahlah.Aishah pun tak tahu.”Aishah memegang lembut tangan Akim.Cuba memujuk hati kekasihnya.

“Ni pulak appointment dengan Pengarah Mokhzani’s,Yang Mulia Engku Mahani Engku Mokhtar.”

Akim menghulurkan surat itu kepada Aishah.Aishah membaca isi surat itu.

“Pelik.Tak ada pula dinyatakan apa tujuannya.”

“Entahlah,sayang.Tapi Mokhzani’s tu salah satu anak Melayu yang paling taiko dalam business shipping kat London tau.Sayang,positif ke negatif?”

“Pergi aje la..mana tau nak offer job ke?”

“Akim mentah sangat,tak sempat nak ke mana pun.Macam mana la syarikat yang high profile macam tu boleh pandang Akim?”

“Think positive,sayang.”

“Jangan tak jadi tunang pulak kalau Akim tak ada kerja buat sementara ni.”

“Tengoklah macam mana nanti.Mana tau ada Datuk lain yang meminang dulu.”

“Ah,banyaklah Datuk.Dapat datuk bercucu baru tau..hehe..”Akim menarik tangan Aishah dan berjalan menyusuri di celah-celah orang ramai yang memenuhi Bintang Walk.

“Sayang,tak takut ke kalau betul ada Datuk nak meminang Aishah?”Aishah tersenyum nakal sambil memaut lengan Akim.Sekilas terbayang wajah Datuk Azis di minda Aishah.

“Takkan sayang tergamak nak terima kan?”

Akim dan Aishah saling tersenyum.Penuh keyakinan di hati masing-masing yang mereka tidak dapat dipisahkan.

*****

“Fail Datuk Azis nanti berikan saya.”Pesan Ramli kepada setiausahanya yang baru sampai di pejabatnya.Tombol pintu pejabatnya dibuka.

Ramli tergamam melihat bondanya berdiri di dalam bilik pejabatnya.Mukanya pucat,ditoreh pisau pun belum tentu berdarah.Wajah yang cuba dielakkan selama 27 tahun kini berdiri megah di hadapannya.

Engku Mahani memandang anaknya dari atas ke bawah.

“Sekalipun berubah wajah,bonda masih dapat mengenali anak bonda.”

Ramli tidak menjawab.Tidak seperti pertemuan ibu dan anak yang sudah lama terpisah.Pertemuan ini dingin dan tegang.

“Ahmad tahu kan ayahanda sudah tiada?”

Ramli menelan air liurnya.Cuba menahan sendu mengingati ayahandanya.Lebih terkilan kerana tidak dapat mengucup dahi ayahandanya sebelum jenazahnya dikebumikan.

“Bonda..hmm..maafkan Ahmad.”Suara Ramli tersekat-sekat.Dia masih tidak mampu memandang wajah bondanya.Perasaan gentar masih menyelubungi hatinya.

“Jangan risau..bonda maafkan Ahmad...Dan..”

Engku Mahani mengangkat gambar Akim dan Zizi yang terletak di atas meja Ramli. “Bonda ke sini untuk cucu-cucu bonda.Terutamanya Akim.”

“Akim?Apa yang bonda nak buat dengan Akim?”Peluh dingin membasahi dahinya.Namun kudratnya belum cukup kuat untuk memandang bondanya.

“Jangan risau.Bonda hanya memikirkan yang terbaik untuk Akim.”Engku Mahani menepuk bahu Ramli sebelum berlalu pergi.

“Oh,ya.Kirim salam untuk Fatimah.Kirim salam penuh kasih sayang daripada ibu mertua untuk menantunya.”

Engku Mahani berlalu sambil dituruti pengawal peribadinya.

Ramli terduduk di atas sofa.Dadanya berombak.Sesak.Walaupun sudah lama,nada suara bondanya masih tidak berubah.Masih sama.

Atau apakah hanya mainan perasaannya?

*****

Akim memandang kembali alamat di surat itu.(Betullah!).Dia terpukau memandang rumah sebesar istana yang tersergam indah di hadapannya.(Hebat Mokhzani’s ni!)

“Tuan Afiq Hakim?”

Err..ya..”Akim terkebil-kebil memandang lelaki berkot hitam yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

“Ikut saya.”

Seperti dipukau,Akim menuruti lelaki itu tanpa sebarang bantahan.Langkah mereka terhenti di sebuah kamar besar di rumah itu.

Akim tersenyum melihat kehadiran wanita tua yang masih kelihatan elegan.(Ni la kot Engku Mahani..).

“Akim,cucu nenek.”

Akim tergamam apabila dirinya dipeluk Engku Mahani.Aneh dan semakin pelik.Itu yang dirasanya.

(Cucu?)

*****

“Cucu?Entahlah sayang,Akim tak tahu nak cakap apa.”Akim masih tidak percaya dengan apa yang berlaku di tengah hari.

“Wah,tiba-tiba sayang dah jadi keturunan Engku.Maafkan patik,tuanku”Aishah ketawa kecil.Mengusik Akim.

“Sayang,serius la.Pelik bin ajaib.”

“Okay,apa yang mak engku tu cakap?”

“Dia cakap yang ayah anak dia.Hmm..ada perselisihan antara diorang yang membawa perpisahan antara diorang.Dahsyat juga ayah.Tapi Mak Engku cakap semuanya dah okay.Akim call ayah,dia cuma cakap ok.Sayang,tak rasa pelik ke?”

“Tak adalah.Hal Mak Engku dengan paklong tu hal diorang.Lagipun dia layan Akim dengan baik kan?”Aishah cuba berfikiran positif.

“Entahlah,sayang.Akim pun tak nak peduli sangat.Apa-apa ajelah.Kalau Queen Elizabeth ngaku Akim ni cucu dia pun,Akim tetap macam ni.Masih Akim yang dulu.Kan sayang?”

“Betul-betul..”Aishah ketawa kecil apabila hidungnya dicuit Akim.

Segalanya mudah dan senang bagi Akim dan Aishah.Segalanya hanya berfokus kepada warna hitam dan putih bagi mereka.Hakikatnya dunia ini berwarna-warni.

Langit juga tidak selalunya cerah.

*****

“Mila ada kat mana ni?”

“Aishah,Mila kat depan ni.”

Aishah ketawa kecil melihat Mila melambai-lambai di hadapan Butik Vincci.(Tak nampaklah pulak).

“Sorry, Mila.Aishah lambat.Ada hal kat office tadi.”

“Tak pe,Mila pun baru saja sampai.”

“Hafiz tak ada?”

“Entahlah,dia pun dah lama tak contact Mila.Tengah cari kerja kot?Dia tak ada call Aishah?”

Rasanya baru semalam Hafiz menghubunginya.Tapi Aishah mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Mila.Risau jika menimbulkan salah faham.Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Hmm..entahlah Hafiz tu..”

“Hmm..mengeluh panjang tu.Kenapa Mila?”

“Tak ada apalah Aishah,jom kita cari barang.Hmm Akim suka apa?”Mila cuba menyembunyikan perasaannya.

“Banyak.Paling dia suka kasut Nike,PS3 dan perfume Paco Rabbane.Tapi ni kan majlis pertunangan ajer.Macam meriah pulak nak beli segala.”

“Tak ape lah.Sekarang zaman millennium.Masa bertunang nak bagi kereta pun tak apa.”

“Ha’ah..kereta sorong..hihi..ops..”Asyik ketawa Aishah dan tidak sengaja melanggar seorang wanita.Jatuh bertaburan beg kertas yang dijinjingnya.

“Maafkan saya puan.”Kelam-kabut Aishah mengutip pakaian yang bertaburan tanpa memandang wajah di hadapannya.Mila turut membantunya.

Bukan puan,Mak Engku.”Aishah terasa yang lengannya dipegang wanita itu.Wajahnya didongak memandang wajah yang berkata-kata itu.

“Mak Engku?”

Wanita di hadapannya tersenyum sinis sambil merenungnya tajam. “Dan kamu..Siti Aishah kan?”

Aishah memandang ke arah Mila yang turut hairan dengan pertanyaan wanita yang menggelarkan dirinya Mak Engku itu.

(Macam mana dia boleh tau nama aku?)

Orang ramai yang memenuhi ruang legar Mid Valley tidak mempedulikan apa yang berlaku.Masing-masing lebih mementingkan hal masing-masing.

Seribu persoalan berlegar-legar di minda Aishah.

Header Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!