BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Town Of Picture

Town Of Picture
Take The PicTuRe

Hero

Hero
See TheRE...

Heroin

Heroin
For YoU

Saturday, June 20, 2009

Kau Aku Yang Punya 2(musim baru)

Bukannya dia tak pernah menjejaki ke Malaysia sepanjang 4 tahun ini.Rasanya ada sekali dia pulang ke Malaysia.Tetapi kali ini amat bermakna buat Akim,dia menjejakkan kaki di Malaysia
untuk selama-lamanya.

Matanya meliar mencari wajah yang amat dirinduinya.Wajah ayu yang membuat dirinya tidaksabar-sabar turun dari pesawat dan berlari-lari tanpa mempedulikan orang lain.Wajah yang menyebabkan dirinya agak berang dengan pemeriksaan kastam.

Di celah-celah orang ramai,Akim dapat melihat sebuah senyuman yang amat dirindunya.Gadis comel yang sentiasa bertakhta di hatinya itu kelihatan agak matang dan dewasa.Akim tidak mampu menahan perasaan gembiranya.Langkahnya diatur menuju ke arah bidadari yang sentiasa menjelma di dalam mimpinya sepanjang 4 tahun di Los Angeles.Berhadapan antara satu sama lain dengan mata yang tidak berkelip.

“Aishah,rindunya Akim.”

Sepatah kata Akim disambut dengan senyuman mesra dan manis dari Aishah.

*****

“Eh,janganlah pandang Aishah macam tu?”(Aduhai pakwe aku ni!)

Akim tidak mempedulikan kata-kata Aishah.Matanya tidak berkelip memandang Aishah yang sedang memandu kereta.Aishah terasa sangat yang mukanya merah padam.Seperti selalu.

“Akim ni kenapa?Cukuplah tu.”

Akim ketawa terbahak-bahak.Geli hati dengan pertanyaan Aishah.Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya.(Tak ubah-ubah perangai suka kacau orang!).

“Rindu.”Ujar Akim sambil memandang Aishah.

“Baguslah kalau rindukan orang kat Malaysia.”

“Ye la Akim saja rindukan orang..orang tak rindukan kita pun.”

“Tau tak pe.”

Aishah ketawa kecil.Sekilas pandang dilihatnya Akim terdiam.Merajuk.Lampu merah menyala di lampu isyarat.

Aishah menjeling melihat Akim yang terdiam seribu bahasa.

“Aishah pun rindukan Akim juga.”Bisik Aishah perlahan ke telinga Akim.Muka Akim kemerah-merahan.Sebuah senyuman nakal tersimpul di bibirnya.

“Terima kasih,sayang.”

Suasana di Kuala Lumpur masih sesak seperti biasa.Bunyi hon bertalu-talu dibunyikan seolah-olah menyambut kepulangan Akim ke kota yang dipenuhi insan-insan yang ketandusan masa.

*****

Terkesima Akim melihat orang ramai yang berada di rumahnya.(Biar betul!)

Aishah sekadar tersenyum sambil menjungkit bahunya.Berpura-pura tidak tahu.Melihat wajah ibu dan ayahnya,Akim lantas berlari mendapatkan ibu dan ayahnya.Dipeluk dan dicium kedua orang tuanya dengan sepenuh hati.

“Patutlah ibu dan ayah tak datang ambil Akim.Ada kenduri ye?”

Fatimah tidak menjawab pertanyaan Akim sebaliknya hanya memeluk dan mencium pipi anak lelaki kesayangannya.Sedih pula rasanya hati Akim.Ramli pun tanpa disedari menitiskan air mata kegembiraan melihat anaknya yang akhirnya kembali ke pangkuan keluarga setelah sekian lamanya.

“Budak nakal dah balik.”

Zizi tersenyum sambil mencekak pinggangnya.

“Akak!”

Akim mendapatkan Zizi dan mencium tangan kakaknya bertalu-talu.Zizi memeluk adiknya.Melepas kerinduan.

“Abang Yazid mana?”

“Dia kerja.Malam nanti baru ada.”

Saudara-mara dan jiran tetangga yang hadir membantu persiapan majlis kenduri doa selamat itu turut bersalaman menyambut kepulangan Akim.Mengerumuni Akim bagaikan semut mengerumuni gula.

Aishah sekadar memandang dari jauh sambil tersenyum.

*****

Hafiz melihat jam di tangannya.Sudah pukul 4 petang.(Alamak,lewatlah!)

Dengan sekuntum bunga mawar di tangannya.Hafiz memandang ke kiri dan kanan.Warga Central Market langsung tidak mempedulikan kelakuan Hafiz.

“Hai.”

Satu suara manja dan lembut menyapa Hafiz dari belakang.

“Hai.”Hafiz tersenyum malu.Dengan wajah yang kemerah-merahan,dia menghulurkan sekuntum mawar merah kepada gadis itu.

“Untuk Mila?Terima kasih.”

Hafiz dan Mila sekadar memandang tanpa bicara buat seketika.Pandangan mereka teralih apabila mendengar petikan gitar dari pemuzik jalanan yang berdiri di sebelah mereka.

♪♫Sekuntum mawar merah..sebuah puisi…untuk gadis pilihan…oh…di bulan Februari..mulanya cinta bersemi dan kehadiran..dibuai mimpi-mimpi….oh…di bulan Februari…♪♫

Lelaki itu membuka topinya dan menunduk seolah-olah memberi hormat kepada Hafiz dan Mila.Mereka berdua sekadar ketawa kecil.

“Bang,terima kasih..tapi bulan ni Januari dan awek comel ni bukan girlfriend saya,kawan je”Ujar Hafiz tersenyum sambil meletakkan duit di dalam topi lelaki itu.Seraya lelaki itu memetik gitar lagi dan menyanyi.

♪♫Jangan tunggu lama-lama..nanti lambat-lambat..dia di ambil orang♪♫

“Adoi,bang..hahaha.”Hafiz mengangkat tangan kepada lelaki itu dan berlalu pergi sambil dituruti Mila yang semakin merah mukanya diusik lelaki itu.

“Oh ye,malam ni ada kenduri doa selamat kat rumah Akim.”

“Dia dah balik?”

“Hari ini.Mila pergi sekali?”

“Okay,boleh juga.”

Hafiz tersenyum.Mila membalas senyuman itu kembali tanpa berkata apa-apa.

mengapa berat ungkapkan cinta?
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

mengapa sulit mengaku cinta?
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam
cinta terasa ada

*****

“I nak pergi shopping.”

“I ada meeting,you bolehkan pergi dengan Pak Din?”

“I nak pergi dengan you.”

Aril melonggarkan tali lehernya.(Fed-up!).Matanya langsung tidak memandang Marsha.Rambutnya diusap ke belakang.Cuba menahan marah.

“You cubalah faham,takkan you nak I terkejar-kejar ke sana-sini.”

“Kalau you tak suka I lagi..ceraikan aje.”

Aril menjegilkan matanya.Kata-kata Marsha mencabar keegoannya sebagai seorang lelaki.

“Aril pun,temankan lah....sekejap saja.”Sampuk Datin Hajar cuba membela menantu kesayangannya.

“Tak pe lah mummy,mungkin dia dah ada bini lain kat luar sana.”

Marsha melempar tas tangan LV ke atas sofa.Mukanya masam mencuka.

“Berani dia ada orang lain selain Marsha?Langkah mayat mummy dahulu.”

Aril menggeleng-gelengkan kepalanya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Fikirannya melayang-layang.Terbayang-bayang wajah Cabby yang menuggunya kepulangannya.

*****

Suasana di rumah Ramli dan Fatimah mula dipenuhi para tetamu.Imam masjid berhampiran dengan jawatankuasa masjid yang dijemput juga sudah hadir.

Akim yang berbaju melayu biru tersenyum memandang Aishah yang nampak manis dengan berselendang dan jua berbaju kurung biru.

“Akim rasa macam nak kahwin je..”(Hehehehe..)

“Gatal..”Aishah mencuit pinggang Akim.

“Adoi!”

“Syy..”Fatimah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kelakuan Akim.Aishah menjelirkan lidahnya kepada Akim.(Padan muka!)

Akim membalas dengan menjulingkan matanya.Aishah terpaksa menahan ketawa melihat telatah Akim.

Semua tetamu mengambil tempat masing-masing.Akim duduk di hadapan sekali bersama ayah dan abang iparnya serta imam dan jemaah masjid.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pak Imam.Diteruskan dengan zikir,selawat dan bacaan Yassin.Selesai semua barulah para tetamu menikmati hidangan yang disediakan.

Ramli menepuk-nepuk bahu anaknya.Bangga.Selepas berehat untuk beberapa hari,Akim akan berkhidmat dengan syarikat perkapalan Datuk Asrul.Aishah pula sudah hampir 2 minggu bertugas di syarikatnya.Setahun dua lagi mungkin budak berdua tu akan disatukan.Melihat Zizi dengan Yazid yang sudah berumahtangga hampir 4 tahun dan Akim yang semakin dewasa dan matang,Ramli terasa yang dirinya semakin tua.

“Jemput-jemput makan.”

Suara isterinya,Fatimah menghentikan lamunan yang semakin melalut.

*****

Hafiz dan Mila yang baru sampai bersalam-salaman dengan tetamu yang beransur-ansur pulang.

“Bro!”

Akim yang baru perasan akan kehadiran Hafiz memeluk sahabat baiknya dengan erat.

“Oit,rindu kat kau la!”

“Last sekali,kita jumpa kat Madison Square yang konsert MCR.”Akim melepaskan pelukannya sambil memandang Mila di sebelah Hafiz.Keningnya diangkat-angkat ke arah Hafiz.

“Lupa la pulak..nih Mila,kawan aku.”

“Hai Mila.”Akim melambai-lambaikan tangannya sambil menyiku perut Hafiz.

“Hai Akim.”Mila sekadar tersenyum.Sedikit malu.

“Eh,jom makan.”Akim menjemput Mila dan Hafiz masuk ke dalam rumahnya.Mila menuruti langkah Akim.Langkah Hafiz pula terhenti apabila melihat Aishah yang sedang melayan tetamu di sebelah buaian.Aishah yang menyedari kehadiran Hafiz menghampirinya.Dia tersenyum memandang Hafiz.

“Hai.”

“Hai,Aishah.”

“Balik Malaysia tak bagitau Aishah pun.”

“Baru je seminggu..lagipun banyak hal.”

“Banyak hal?”

“Ayah kan tak suka dengan pilihan Hafiz.Tambah sekarang Hafiz tak dapat nak cari kerja lagi.Ada la buat lagu,hantar demo kat recording company.Tak tahulah apa nak jadi..hehe.”

“Sekurang-kurangnya Hafiz usaha.”

Hafiz terdiam memandang Aishah.Ada memori lama yang masih wujud di hatinya.Hafiz cuba memadamkan memori itu dengan segera.

“La,sembang kat luar..masuklah.”

Akim menjenguk di luar tingkap sambil tersengih.

“Echah 50 sen,pergi layan makcik-makcik tu.Haha!”Sambung Akim sambil ketawa nakal.

Aishah mencebik mukanya ke arah Akim.Akim mengenyit matanya sementalah Aishah berlalu ke arah tetamu yang lain.

Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya.(Tak habis-habis diorang ni!).

*****

Tetamu yang terakhir meninggalkan rumah Encik Ramli hampir pukul 12 tengah malam.Mereka sekeluarga melambai-lambai tangan sebelum seorang demi seorang beransur-ansur masuk ke dalam.Tinggallah Akim dan Aishah yang masih berdiri di situ.Berdiri tanpa sepatah kata untuk beberapa saat.

“Maaf.”

Bicara Aishah.Memecah kesepian.Akim memandang ke arah Aishah.

“Maaf?”

“Maaf pasal mak dan abah Aishah tak dapat datang.”

“Oh,paksu dan maksu?Tak apa.Jom.”Akim menarik Aishah ke arah buaian.Buaian yang menjadi saksi pengakuannya kasihnya buat Aishah untuk kali pertama.Buaian itu masih setia di situ.Cuma warnanya sahaja yang berubah.

“Terima kasih.”

“Dah,tadi Aishah maaf..Akim pulak terima kasih.”

“Dengarlah dulu..eii,mulut pot pet.”Akim mencubit geram pipi Aishah.(Tak henti-henti cakapnya!).Aishah menolak tangan Akim.Sedikit mencuka.

“Alorh..alorh..”Akim membelai-belai rambut yang menutupi dahi Aishah.Parut kecil di dahi Aishah akibat perbuatan Akim semasa kecil dahulu masih jelas.Diusapnya parut itu.

“Akim rasa bersalah lagi ek?”Aishah menduga hati Akim.

“Ye lah..jahat betul Akim masa tu kan?”Akim memegang tangan Aishah.

“Bukan masa tu saja,lepas tu pun jahat lagi.”

“Dendam nampak?”

“Mestilah.”

“Okay,Akim jahat..sebenarnya,terima kasih sebab Aishah masih setia menuggu Akim.Terima kasih sangat-sangat.”

“Sama-sama.”Aishah melonggarkan pegangan tangan Akim.Walaupun satu keluarga dah tahu,Aishah tetap berasa malu.Apalagi kalau di lihat pak long.Akim yang mengerti dengan tindakan Aishah pun turut tersipu malu.(Gelojoh laks!)

“Aishah nak kahwin dengan Akim tak?”Tanya Akim sambil matanya memandang tepat ke arah Aishah.

“Soalan apakah itu?Hehe..”

“Akim serius ni.”

“Habis tu,Aishah tunggu sia-sia 4 tahun ni buat apa?”

“Hehe..sayang awak.”Tangan Akim yang tak boleh diam sentiasa mencari peluang untuk mencubit pipi Aishah.Aishah menyapu-nyapu pipinya.(Dia ingat aku Winnie The Pooh ke apa?).

Akim tersenyum memandang rantai berloket AA yang masih setia menghuni di leher Aishah.Kedua-dua mereka merenung bulan yang indah dan bercahaya pada malam lima belas.Bulan yang juga menjadi jambatan buat mereka melepaskan kerinduan di kala perpisahan yang sementara dahulu.

*****

Ramli memandang telatah dua anak muda yang dilamun cinta melalui tingkap.Sekadar mengawasi.Takut pula tak manis dipandang jiran.

Trut!Trut!

Telefon yang berada di sebelahnya diangkatnya.

“Hello..”Satu suara yang amat dikenalinya mencucuk-cucuk gegendang telinganya.

Ramli dapat berasa tangannya menggigil mendengar suara itu.Gagang telefon diletaknya.Peluh dingin menitis membasahi dahinya.

(Tak mungkin!)

0 comments:

Header Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!